Sunday, October 26, 2014

Peperiksaan Akhir Tahun 2014

Bermula 27 Oktober 2014 ( Isnin ) Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun 2014. Peperiksaan ini meliputi semua subjek an semua kelas.

Wednesday, October 22, 2014

Program penyembelihan ayam

Hari ini khamis 23 Oktober Panatia pendidikan Islam telah menyempurnakan program penyembelihan ayam . Program ini sebagai melangsaikan silibus tahun 6. Murid-murid diberikan peluang untuk menyempurnakan penyembelihan supaya ayam yang hendak dimkan  halal dari segi hukum islam. Sebanyak 20 ekor ayam telah disembelih.
Kemudian ayam-ayam iini diproses dan digoreng untuk santapan murid-murid tersebut disamping hidangan kentang goreng.

Sunday, October 19, 2014

Kem bestari solat (2)

Praktikal sembahyang jenazah. Murid-murid tahun 6 menunjukkan praktikal solat jenazah di perhimpunan rasmi sekolah.  Sembahyang jenazah merupakan satu daripada topik dalm kurikulum pendidikan islam tahun 6.

Program bacaan pagi.

Bermula awal Oktober 2014, progam bacaan pagi selama 5 minit, dilaksanakan sempena perlaksanaan bulan membaca kebangsaan. Program ini memberikan peluang kepada murid menghayati semangat gerakan membaca dikalangan rakyat Malaysia. Progam ini juga dilaksanakan atas kendalian JK PSS .

Friday, October 17, 2014

Pesta bola spak sekolah Asli perak.

Sekolah Kebangsaan  Datuk Kelana telah dipilih menjadi gelanggang pusingan akhir pesta bola sepak antara sekolah-sekolah asli negeri perak. Empat pasulan berentap di peringkat separuh akhir iaitu Batang Padang, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Hulu Perak. Pasukan Batang Padang telah muncul juara setelah mengenepikan cabaran pasukan Hulu Perak di perlawanan akhir.

Kem Bestari Solat 4

Bermula jam 7.30 pagi 18/10/2914, semua murid SK Datuk Kelana mengikuti Kem Bestari Solat ke 4. Murid siagihkan mengikut kelas biasa dan di bimbing oleh guru-guru agama dan sebahagian guru-guru bukan opsyen agama. Kem ini menekankan kepada pengamalan  murid kepada perkara asas dalam mendirikan solat. Kem ini berakhir pada jam 1.00 tgh ari.

Majlis meraikan pertukaran Pn. Maar Diana bt Rosli

Majlis penghargaan dan meraikan pertukanan PT Pn. Maar Diana bt Rosli ke PKG Bayan Lepas, telah di adakan pada semalam, Jumaat 17 Oktober 2014. Majlis bermula dengan ucapan Tn. Guru Besar dan penyampaian cenderamata oleh guru-guru. Semoga puan Maar Diana akan dapat menyumbangkan khidmat bakti di persekitaraan baru.

Tuesday, October 14, 2014

Latihan pusat boa sepak msspk negeri

Bermula isnin 13 okt 2014, sk Datuk Kelana menerima kunjungan pasukan pasukan bopasepak msspk bawah 12 tahun menjalani latihan pusat. Pasukan ini menjalani latihan pusat selama 3 hari sebelum mengharungi pesta msspk kebangsaan di pahang. Latihan dikendalikan oleh cikgu zulkifli bin mat ail dari sk sungkai.

Monday, October 13, 2014

Penutup sambutan bulan kemerdekaan

Perhimpunan rasmi 13 Oktober 2014, berlangsung majlis penutupan sambuan bulan kemerdekaan. Penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan yang telah disempurnakan sepanjang sambutan.