Sunday, April 19, 2015

HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

DITULIS OLEH MOHAMAD RAZMAN RAZALI.
SEMUA KETUA SEKTORSEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
Tuan,
Merujuk kepada surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bernombor rujukan PSUK.PK. (BKP)(S)1A 355/725/34-1 Jld. 2 (34) bertarikh 27 Mac 2015 telah menetapkan bahawa pada 6 Mei 2015 sebagai Hari Kelepasan Am bagi Negeri Perak Darul Ridzuan bersempana Hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Ke-35.
Bersama-sama ini dilampirkan surat tersebut untuk rujukan tuan.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(HAJI ROZI BIN PUTEH ISMAIL, AMP., PPT.)
Pengarah Pendidikan Negeri Perak.
untuk maklumat lanjut sila klik 

Thursday, April 16, 2015

Ladap koloborasi....

16.04.2015, Khamis, Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah mengadakan latihan daam perkhidmatan bagi beberapa subjek KSSR untuk tahun 6 sesi 2016. Bengkel latihan bermula dengan subjek Pendidikan Kesihatan oleh Pn. Hanisah muhammad, diikuti oleh Pendidikan Seni Visual oleh Pn. Zairani Tamby. Seterusnya subjek RBT yang di sampaikan oleh Cik Nor Anis Izzati Mohd Sahlan dan subjek terakhir Matematik oleh En. Kamarul Ariffin Mohammad.
LADAP diteruskan dengan EWS oleh Pn. Marina Masdar dan berakhir jam 5.00.