Monday, November 3, 2014

Kejohanan Kriket Daerah.

Tahniah kepada pemain kriket SK Datuk Kelana keraa berjaya menjuarai kejohanan kriket msspk daerah batang padang tahun 2014 yang telah dilangsungkan selama 3 hari, bermula sabtu di SMK Sungkai. Pasukan SKDK telah menewaskan beberapa buah sekolah yang mengambil bahagian menerusi sistem liga. Kejayaan merangkul gelaran johan tersebut dicapai setelah menumaskannSK Seri Besout di perlawanan terakhir. Pasukan ini telah di bimbing oleh Ustaz Shahrul Fadly dan cikgu Jamatul Rahim serta ustazah Ellyzarina.
Seramai tujuh orang pemain telah berjaya dipilih untuk mewakili daerah ke kejohanan peringkat negeri.

Penyampaian hadiah pertandingan Kriket Daerah Batang Padang 2014... Johan SK Datuk Kelana

No comments:

Post a Comment