Sunday, June 21, 2015

Ihya' Ramadhan 3

Isnin 22 Jun 2015. Perhimpunan rasmi dengan penghayatan ramadhan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Penyampaian hadiah program nilam kepada rekod bacaan terbanyak. Turut sama ialah penyampaian hadiah program kebersihan kelas dan kehadiran terbaik.

Friday, June 19, 2015

Ihya' Ramadhan Kareem

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
PROGRAM MEMBELI BELAH BERSAMA ANAK YATIM DAN MISKIN KALI KE 4, KE MYDIN MALL, MERU IPOH.

TARIKH: 3 Julai 2015
HARI: Jumaat
MASA: 3.00 Petang

Tuan, Puan.

Tabung Anak Yatim dan Miskin, kini sedang bergerak aktif. Tuan puan boleh menyumbang terus kepada Panitia Pendidikan Islam SK Datuk Kelana.

Atau Hubungi Ust Shahrul

0 11-3628 6348

Wednesday, June 17, 2015

Program ihya' Ramadhan .

Khamis. 18 jun 2015. Telah berlangsung pelancaran program ihya' Ramadhan peringkat sekolah. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pn. Hasmah bt Zainal Abidin, Guru Besar. Program ini bermula 18 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015.
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah
1. Khatam quran
2. Azan
3. Tadarus Al-quran
4. Hafazan

Sunday, June 14, 2015

Majlis penghargaan sekolah

Isnin, 15.06.2015 Perhimpunan mingguan sekolah hari ini  bermula denan majlis penghargaan kepada seorang wira sekolah.  Mohd Hariz Ilmi b  Zairul Fuaad telah dinobatkan sebagai "batsman" terbaik U12, di kejohanan kriket MSSM kebangsaan di Sungai Petani, Kedah.  Hariz ilmi telah mewakili negeri Perak. Majlis penyampaian penghargaan telah disempurnakan oleh E. mohd Sani b Harun, penyelia sukan cemerlang PPD Batang Padang. Turut bersama hadir ialah Ibubapa kepada Mohd Hariz Ilmi dan pengurus pasukan U12 perak, En Shahrul Fadly b Jamari. Terima kasih Puan Guru Besar, kerana mengadakan majlis ini hari ini.... Semoga skdk akan terus melahirkan bintang yang bersinar gemerlapan.

Monday, June 1, 2015

Lawatan sambil belajar

Sabtu, 30 Mei 2015, Skdk telah menjayakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat sekitar kuala lumpur. Rombongan yang dianggotai murid tahun 3, dan dipimpin oleh cikgu Zariani bt Thambi. Bermula denan Domino pizza tanjong malim, kemudian di Farm in the city dan berakhir di kilang Baryl's chocolate.