Friday, February 27, 2015

Permata Pintar UKM ( Ujian 1)


Ujian UKM1 DI BUKA SEMULA SEHINGGA 31 MEI 2015



UJIAN UKM1. KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar. Sila beritahu kawan disebelah anda mengenai UJIAN UKM1!
Jika anda pelajar ulangan atau ingin menyambung ujian, sila teruskan mengemaskini maklumat atau menyambung ujian klik di sini.

Jika anda pengguna atau pelajar baru, sila baca maklumat berikut sebelum memulakan ujian.
UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
4) Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)
Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman webhttp://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my

NOTA PENTING

1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
2. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja. Sekiranya orang dewasa yang membuatkan ujian ini untuk pelajar dan pelajar berjaya untuk menduduki UKM2, orang dewasa telah menganiaya pelajar berkenaan dan juga menyusahkan pihak kami mengaturkan sesi ujian dan pusat ujian. Setiap tahun kami dapati ada beberapa pelajar tidak dapat melakukan ujian UKM2 termasuk tidak tahu menggunakan komputer. Setelah ditemu bual, pelajar memberitahu bahawa mereka tidak pernah mengambil ujian UKM1; ujian dibuat oleh orang lain. Kami juga dapat mengesan ada guru yang membuat ujian ini untuk pelajar.
3. Terdapat aduan yang pihak kami terima iaitu mengambil masa yang lambat untuk mengakses laman ujian ini. Server ujian sentiasa dipantau penggunaannya dengan jumlah pengguna yang bersesuaian. Jika terdapat kelambatan mengakses, ia berkemungkinan kelajuan internet di sekolah yang menghadapi masalah kerana ia boleh menampung beberapa pengguna serentak dalam sekolah berkenaan.
4. Terdapat panggilan telefon kepada kami. Pihak kami amat menghargai jika sebarang kemusykilan atau pertanyaan diajukan melalui emelpermatapintar@ukm.my kerana komunikasi ini direkodkan dan pihak kami akan memanjangkan kepada pihak lain yang dipertanggungjawabkan.

MASALAH KOD SEKOLAH

a) Bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan MRSM, sekiranya kod sekolah adalah seperti XXX2013448522, ini bermakna kod adalah salah. Gunakan panduan carian sekolah diberi semasa mengisi maklumat sekolah. Sila pastikan anda memilih negeri terlebih dahulu dan gunakan satu perkataan kata kunci yang unik.
b) Sekiranya sekolah-sekolah sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan MRSM yang baru dibuka pada pertengahan tahun 2013, 2014 dan 2015, harap dapat maklumkan kepada kami melalui emel permatapintar@ukm.my untuk kami dapatkan kod sekolah.
c) Bagi sekolah persendirian dan sekolah rendah agama yang tidak berdaftar di Kementerian Pelajaran, sekolah ini boleh didaftarkan sebagai sekolah baru dan akan mendapat kod XXX2013448522 dan pihak PERMATApintar akan menetapkan kod untuk sekolah berkenaan.
d) Jika sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar sekolah sila berikan maklumat sekolah (nama sekolah, alamat lengkap, telefon, faks dan emel sekolah) kepada permatapintar@ukm.my untuk didaftarkan dan diberi kod sekolah.
e) Sebarang pertanyaan tentang ujian ini boleh dikemukakan kepada alamat permatapintar@ukm.my. Sila sertakan maklumat berikut di dalam email tuan/puan:
1. *MYKAD/MYKID#:
2. *Nama Penuh:
3. *Nama Sekolah:
4. *Alamat sekolah:
5. *Negeri Sekolah:
UNTUK PARA GURU SEKOLAH SAHAJA (KEMASUKAN DATA BERKELOMPOK. 50 pelajar ke atas.)
1. Download Excel FORMAT di sini: a) Excel XLSX Format   b) Excel XLS Format
2. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi pelajar BARU sahaja.
3. Sila ikut format yang telah ditetapkan. Contoh juga disertakan.
4. Jangan tukar nama 'HEADER' bagi setiap lajur yang telah ditetapkan.
5. Email ke permatapintar@araken.biz
6. Fail akan diproses dalam masa 2-3 hari bekerja. Tuan/Puan akan dimaklumkan setelah fail diproses.
(Adalah lebih baik pelajar mengisi sendiri maklumat sebagai satu latihan literasi maklumat)
Nota: Maklumat PC ini akan disimpan bagi siasatan lanjut jika terdapat aduan penyalahgunaan MYKAD.

Temasya sukan Tahunan 2015

26.02.2015 Khamis. Telah berlangsung temasya /kejohanan sukan  tahunan kali ke 36. Perasmian di sempurnakan oleh Encik Mohd Zaid b Ismail, Penolong PPD Bahasa Melayu ( Rendah ). Temasya bermula jam 2.30 petang.









































































Manakala pada sebelah paginya telah di adakan sukan mini / sukaneka