Saturday, August 30, 2014



SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 57.



Gambar Logo Tema Hari Kemerdekaan 2014. Semua sedia maklum, Malaysia akan meraikan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke 57 tanggal 31 Ogos 2014 ini. Tema Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke 57 ini adalah “Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” dipetik sempena lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu lagu ‘Warisan‘.

Slogan ‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dipilih daripada lagu Warisan sebagai Tema rasmi adalah mungkin kerana kita sebagai generasi sekarang telah diwariskan dengan kemerdekaan yang dicapai sejak tahun 1957 lagi, jadi tak kita apa pangkat atau jawatan kita sekarang, kemerdekaan negara perlu dipertahankan dengan cara kita sendiri dan tanamkan sifat cintakan negara.

No comments:

Post a Comment